Beautiful Me

The Disclaimer





Hello and Welcome my fat zomba(s). You have entered to blablabla. I just shared what I like and feel. Put your own words. I hope you like my new skins. Thank you :)

Travel This Site



The Cbox Song



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed

Credits


This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Your Name 2011 - 2012


Novel Gemersik Kalbu


Sabtu, 9 Jun 2012 7:41 PG

        Hujan lebat yang turun sejak tengah malam tadi baru menunjukkan tanda-tanda akan reda . kedinginan terasa mencengkam hingga ke tulang hitam . Aku mandi dnegan pantan dan berwuduk . Selesai solat Subuh , aku mengujut Zeti Nadia yang masih lena dibungkus kain selimut .

''Cepatlah ! '' desakku .

''Nak pergi jugak ke ? '' Zeti Nadia bersuara malas .

''Habis tu , nak ponteng ? '' sinis aku berbalas .

       Zeti Nadia menggeliat . Kemudian dia duduk bersandar di dinding dengan mata yang masih terpejam .

''Malasnya nak mandi . Sejuk ! '' keluhnya .

     ''Elok benarlah tu ! '' kata ku sambil mencampakkan sebuah kusyen kecil ke arahnya . Zeti Nadia langsung tidak mengelak , sebaliknya membiarkan kusyen itu jatuh ke ribanya . Kepalanya kini disandarkan ke dinding beralaskan kusyen yang tadi .

''Nak pakai baju apa ? ''

    ''Hai , takkanlah tak tau .... kalau dah semalaman hujan , pagi ni pakailah baju T-shirt dan track bottom ! '' Aku sekadar mengigatkan sambil melipat sepasang baju kurung lalu aku masukkan ke dalam beg galas . Kemudian aku memasukkan kasut ke dalam beg plastik .
 
   ''Cepatlah sikit , nanti orang lain tinggalkan kita pulak ! '' desakku . Kali ini barulah Zeti Nadia bangun sambil menggenyeh-geyeh matanya .

   ''Sejuk...'' regeknya pula .

  ''Alah seminggu aje lagi kat sini Zeti , lepas ni bangun pagi kau bleh mandi air panas , tidur malam pula pasang air-cond . Taklah macam kat sini...'' Sengaja aku biarkan ayat itu disempurnakan oleh Zeti Nadia mengikut tafsirannya sendiri .

   Sambil menunggu Zeti Nadia mandi dan bersiap , aku duduk mengelamun di atas kerusi di anjung . Sebenarnya , aku juga sedih mengenangkan . Tahun depan Zeti Nadia tidak bersama-sama kami lagi . Setahun sahaja dia di sini . Dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan . Sekali gus sijil nikah itu menjadi tiket bagi membolehkan dia memohon pertukaran dengan alasan mengikut suami .

   Pada awalnya , Zeti Nadia memang tidah betah tinggal di sini . Pelbagai rungutannya singgah di cuping telingaku . Tidak cukup dengan keadaan rumah sewa yang kurang selesa , dia merungut pula tentang pelajar-pelajar yang comot dan selekeh ,. Merungut tentang pelajar yang tidak dapat menjelaskan yuran persekolahan dan segala macam rungutan lagi .

   Tetapi mujurlah rungutan itu tidak lama . Akhirnya , dia sedar sendiri . Sesungguhnya alah bisa , tengal biasa . Zeti Nadia akhirnya akur dengan keadaan dan dapat menyesuaikan diri .

   Lucu juga mengenangkan sikapnya yang pada awalnya dianggap berlagak oleh sesetangah pelajar . Zeti Nadia memang akan menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan para pelajar . Tergagap-gagap mereke ketika bertanya atau menjawap soalannya . Bukannya dia tidak tahu tahap kebolehan berbahasa Inggeris pelajar-pelajar di sekolah kami , tetapi dia tidak peduli . Dia tegas dengan prisipnya .

   ''Biarlah cakap broken English...lama-lama dia orang akan fasih . '' katanya .

AKU menjengah ke dalam kerana terasa sudah lama benar menunggu . ''Cepatlah sikit cik adik ooi!'' jeritku .

   ''Okey.....okey.... dah siap!'' Zeti Nadia terkocoh-kocoh keluar dengan beg galasnya .

   ''Mana yang lain ?'' tercengang-cengang dia memandangku .

   '' Siapa ?'' soalku pantas , walaupun maklum tentulah Zuriani dan Wan Ismayuzi yang dimaksudkannya .

   '' Mesti tengah membuta lagilah tu !'' omel Zeti Nadia .
   Aku tersenyum sendiri sambil menyarung kasut sukan . '' Takkan sama waktu cikgu dengan kerani masuk sekolah!'' kataku sambil mula mengatur langkah . Zeti Nadia mengikut dari belakang .

   ''So , tahun depan nak sewa kat mana ?''
   Pertanyaan Zeti Nadia mengigatkan aku tentang kedatangan tuan rumah yang memberitahu bahawa anaknya hendak berpindah balik dan bercadang untuk duduk di rumah yang kami sewa sekarang ini . Bermakna aku , Zuraini dan Wan Ismayuzi terpaksa mencari rumah lain untuk disewa . Hendak emohon jadi warden asrama , tidak ada kekosongan pula .
 
   Aku juga pernah memohon untuk mendapatkan kuarters guru , tetpi sampai kini masih belum ada jawapannya . Aku faham , keutamaan diberi kepada mereka yang sudah berkeluarga , tetapi bagaimana puladengan orang bujang seperti kami ? Sudahlah anak dara , sanggup pula dihantar mengajar di kawasan pendalaman .
 
   Pagi ini untuk kali yang sudah tidak terhitung olehku , kami mengikut jalan rentas melalui ladang kelapa sawit untuk sampai ke sekolah . Setiap kali hujan lebat , jam batan kecil yang menghubungkan sekolah yang terletak di tengah -tengah ladang kelapa sawit sudah pasti akan di naiki air . Seluruh kawansan akan dipenuhi air hinggalah ke ke pintu pagar sekolh . Mujurlah kedudukan sekolah di atas bukit , kalau tidak aku yakin sekolah terpaksa ditutup pula .

  ''kalau tidak mengajar kat sini , kita tidak akan tempuh pengalamn ni , '' kataku ketika mengikut sekumpulan pelajar dan tiga orang guru meredah jalan kecil untuk sampai ke sekolah .

  ''I rasa sedih pula nak tinggalkan sekolah ni ,'' balas Zeti Nadia sedikit sayu . Sebenarnya , sudah bayak kali aku mandengar dia berkata begitu . Aku hanya tersenyum .


SETELAH tamat dua waktu pengajaran , aku terus ke bilik guru . Aku menyidai track bottom yang basah di bahagian kaki tadi di atas kerusi . Zeti Nadia nampaknya sedang leka mengisi borang tukar sekolah yang baru diambilnya di pejabat sebentar tadi .

  '' Hai cikgu perempuan senang aje ... tak suka mengajar kat hulu-hulu macam ni ... dia orang kahwin , lepas tu ikut suami . Kita ni sampai tualah duduk kat sini !'' Rungutan Cikgu Iskandar jelas kedengaran .

  '' Beberapa orang guru lelaki yang sedang duduk di sofa turut mengiakan . '' Sebab tu kat bandar banyak cikgu perempuan . Pengetua perempuan , penolong kanan perempuan dan satu sekolah penuh dengan guru perempuan . Cikgu lelaki pulak jadi spesis yang hampit pupus... terselit sana sini aje ,'' tambah Cikgu Nasa   menghangatkan 'persidagan ' tidak rasmi .

   Nampak merona kemerahan wajah Zeti Nadia tetapi dia tidak mengangkat muka .

  '' Lepas tu heboh cakap pasal masaalah disiplin . Eleh , cikgu perempuan ... budak-budak bukannya takut !''

   bukan main lagi Cikgu Mamat pula menambah , memperlekehkan kredibiliti guru-guru wanita .

   ''Hoi ... cakap tu baik-baik sikit ya . Tengok kat sekolah ni siapa jadi ketua guru disiplin !'' Cikgu Sholehah sudah bercekak pinggang . Ewah .... garang benar aksinya . Sesuai benar jawatan sebagai Ketua Guru Displin  .

   ''Jangan ingat sekolah kat bandar aje ada masaalah disiplin . Kat sini pun berlambak tau .... kau orang aje buat tak tau ... semua ambil mudah ... bila dah tenat dan dah sampai peringkat 'ICU' , baru nak kecoh ! ''' bebel Cikgu Sholehah lagi .

   Aku tersenyum sendiri . Teringat 'ICU' adalah istilah bagi bergambarkkan kes-kes disiplin pelajar yang serious .

   '' Relakslah Sholehah ... kita orang saja cakap aje ,'' balas Cikgu  Iskandar .

   '' Memang itulah perangai cikgu lelaki ... semuanya relaks ... semuanya ambil mudah , '' rungut Cikgu Sholehah geram . Untuk seketika suasana menjadi sepi .

   '' Kesian Mamat ... gigit jari ajelah !'' Cikgu Nasa memecah keheningan dengan menukar topik bicara . Kata-kata nya di sambut dengan deraian ketawa . Masakkan kami tidak tahu , Cikgu Mamat memng menaruh hati hati kepada Zeti Nadia , tetapi apa boleh buat , cintanya tidak berbalas .

   '' Tapi kalau kahwin dengan Mamat , sampai tualah Zeti duduk kat sini . Dia mana suka ! '' tambah CIkgu Nasa .

   ''Tidak tentu arah Cikgu Mamat apabila namanya dibabitkan dengan Zeti Nadia . Tentulah dia berasa malu .apabila kisah lama itu diungkit kembali .

   '' Apa nak kisah Mat ... Ana kan ada . '' Cikgu Iskandar ikut mengusik .

    Nampaknya perbualan mereka sudah membabitkan . Aku mengerling Cikgu Iskandar .

   '' Engkau ni pun satu .... Ana tu kan cikgu graduate , Mamat ni cikgu mantap . Apa orang kata , tak sekufu !'' sanggah Cikgu Nasa seakan menyindir .

  '' Haah ... tak ya jugak . Takkan lah pula pipt nak terbang bersama enggang !'' Pantas Cikgu Iskandar menyambut sambil merapatkan jari telunjuk tangan kanan dan kirinya . Guruannya semakin menghangatkan suasana .

   Aku nampak Cikgu Mamat yang berasal dari Terengganu itu berkulat-kulat apa bila dirinya manjadi bahan usikkan . Aku sendiri , menerima kata-kata mereka sebagai gurauan sahaja .

  Sebenarnya , aku langsung tidak kisah kalau memang sudah tersurat jodohku dengannya . Tetapi kalau aku boleh memilih , mintalah aku dipertemukan dengan orang lain . Cikgu Mamat bukanya tidak baik , tetapi bercakap dengannya macam 'itik bercakap dengn ayam ' . Aku kadang - kadang sukar hendak menangkap makna apabila Cikgu Mamat bercakap dengan cepat . Tetapi yang amat menghairankan , tidak pernah pula aku mendengar sebarang runguttan daripada pelajar-pelajar . Agaknya dalam kelas sudah tentulah Cikgu Mamat menggunakan bahasa baku . Aku harap begitu lah .

  '' Zeti .... bakal suami kau kerja apa ? '' soal Cikgu Nasa .

  Aku ikut memandang ke arah Zeti Nadia . Aku tidak patsi sama ada Cikgu Nasa benar-benar tidak tahu ataupun dia sengaja buat-buat tidak tahu . Aku nampak wajah Zeti Nadia sudah berubah . Pertanyaan Cikgu Nasa dibiarkan tanpa jawapan .

  ''Eleh , takkanlah kau tak tau lagi .. bakal suami dia kan lawyer !'' Cikgu Iskandar menjawap bagi pihak Zeti Nadia , tetapi dalam nada suara yang sedikit sinis .

  ''Kau tengok tu ... pandai Zeti tangkap 'ikan besar' ! Biasa kita dengar , cikgu perempuan kahwin dengan  doktor , laywer , engineer , malah dengan menteri pun ada .... tapi ada ke kau dengar cikgu lelaki macam tu ? Rasa akulah ... cikgu lelaki biasanya akan kahwin dengan cikgu , kerani atau dengan perempuan yang tak bekerja . Mana ada doktor , laywer atau engineer perempuan yang nak kahwin dengan cikgu !'' Sedikit beremosi suara Cikgu Iskandar memberi pendapat .

  '' Eh, takkanlah langsung tak ada kot !'' Cikgu Nasa pantas menyambung , tetapi nada suaranya ragu-ragu , seolah-olah hal ini baru disedarinya .

   '' Bukan langsung tak ada .... tapi bilangan boleh dikira ... sedikit sangattt !'' jawap Cikgu Iskandar

   ''Kita kena buat kajian ini ,'' sampuk Cikgu Mamat .

   ''Nak buat kajian apa lagi ? kalau ada pun , aku ingat boleh dibilang dengan jari je . Memang perempuan suka memilih !'' Nampak Cikgu Iskandar sudah membuat kesimpulan daripada persepsinya sendiri .

   ''Hoi, yang ada kelas sekarang , pengetua suruh masuk kelas!'' Kedengaran laungan suara Cikgu Yuslina setelah dia menjawap panggilan interkom .

  Aku tersenyum memandang gelagat Cikgu Iskandar dan Cikgu Nasa yang kelam-kabut mengambil Buku Rekod Persediaan Mengajar . Sesungguhnya berbual dan merapu memang seronok dan melekakan . Kesudahannya bunyi loceng pun mereka tidak dengar . Apabila ketua tingkatan merujuk nama guru yang tidak masuk ke kelas di pejabat , barulah padan muka . Silap-silap haribulan Pengetua bagi memo !


PART 1

NOVEL DARIPADA = ANIS AYUNI . novel yang terbaik bagi saya !